Followers

Monday 2 January 2012

Azam 2012 :)


Tahun lepas aku memang langsung tak pasang azam apa pun . So start dari tahun ni aku nak pasang azam . Ni semua mengajar aku supaya berdikari atas usaha sendiri . Cekidout !

1) Jangan tinggal solat lima waktu sehari semalam .
2) Nak kuruskan badan sikit sebab tak lama lagi aku dah nak habis sekolah , nak cari keje . And tak lama lepas tu nak cari bakal suami . *Miang nak kahwin . Hehehe :)
3) Taknak melawan cakap mak aku lagi . Sebab aku rasa keputusan PMR aku jadi macam tu pun sebab aku selalu melawan cakap mak aku . Sebab aku rasa apa yang aku dah usaha tak setimpal dengan apa yang aku dapat . Ni semua pengajaran buat aku . Lepas ni nak jadi anak yang solehah . *InsyaAllah :)
4) Nak kumpul duit nak beli hp sendiri . Penat lah aku pakai hp lampu picit ni . Member aku semua hp canggih-II aku je ketinggalan zaman . So aku taknak harapkan family lagi sebab bila aku mintak kat mak aku pun , mak aku cakap tungggu habis sekolah baru beli hp canggih . *Berzaman nak tunggu :(
5) Nak beli mp3 yang boleh mengisi kebosanan aku di mana pun aku berada . Lepas ni tak payahlah nak merayu-rayu dekat abang atau akak aku pinjam hp diorang semata-mata nak dengar lagu kan ? Hehe :)
6) Nak belajar rajin-rajin sebab tahun depan aku dah SPM . Kalau PMR aku tak dapat straight A tak kisah lah yang penting SPM mesti straight A sebab nasib aku dapat masuk IPTA ke tak semua bergantung pada result SPM aku . Sebab aku dah janji dengan mak ayah aku yang aku nak dapatkan ijazah terus sebab akak-II aku semua setakat diploma je . Ayah aku pun dah cakap awal-II ayah aku nak dapatkan at least 7A spm nanti . Kalau boleh nak bagi lebih sikit tapi usaha pon kene lha lebih jugak kan ? So , aku akan cuba yang terbaik untuk tepati janji aku pada mak aku tu . Janji mesti ditepati beb ! :)
7) Takkan menangis disebabkan lelaki sebab sebelum ni aku dah puas menangis sebab lelaki . Aku nak buktikan pada kaum lelaki yang perempuan pun boleh hidup aman damai tanpa lelaki . Dah besar nanti baru pikir nak cari lelaki . Sekarang ni kalau setakat cinta monyet memang lah aku layan tapi kalau nak pikirkan pasal cinta sejati tu belum lagi :)
8) Aku nak jadi orang yang lebih penyabar dan tak cepat marah macam tahun lepas . Aku taknak cari gaduh dengan sesiapa lagi dan kalau ada sesiapa yang tak puas hati dengan aku , aku akan bincang cara baik-II dengan diorang . InsyaAllah :)
9) Aku nak baikpulih hubungan aku dengan sorang budak ni . Dulu aku dengan dia bff tapi sejak masuk sekolah menengah kitorang makin renggang disebabkan aku dengan dia berlainan kelas . Lagipun dia pikir aku dah sombong sebab kelas kitorang jauh and aku pun dah ada group member aku sendiri . Sampaikan dia timbulkan balik hal dia dengan mak aku dulu sebab masa darjah 6 kott tak silap aku , mak aku pernah marah dia sebab aku selalu keluar dengan dia naik motor . Mak aku tak suka sebab takott apa-II jadi kat aku . Then mak aku cakap jangan kawan dengan aku lagi . Lepas benda tu jadi , aku dah mintak maaf kat dia dah and aku suruh dia lupakan apa yang mak aku cakap tu . Tapi lain pulak jadinya . maybe dia terasa sangat kott . Takpelah aku akan berusaha berbaik dengan dia . Lagipun sampai bila aku nak bermusuh dengan dia kann ? Lebih baik berdamai je :)
10) Tahun ni aku akan jadi seorang perempuan yang lebih peramah dan tak bermasam muka macam tahun lepas lagi . Mak aku selalu tegur sebab aku selalu masam muka tapi lepas tu aku dah senyum balik . Tapi mak aku cakap kalau baru ditegur baru nak berubah buat apa . Kene lah berubah dengan keinginan diri sendiri bukannya orang lain . So , aku akan dengar cakap mak aku tu . Nak jadi anak yang baik mestilah kene dengar cakap mak kannn ? Muehehe :)


*Setakat ni je lah yang boleh aku ringkaskan azam aku tahun 2012 . Tak tau nak azam apa lagi dah sebab dah takde idea nak ubah apa . Apa yang penting aku akan lebih pentingkan pelajaran darpada cinta sebab tanpa pelajaran kita takkan ke mana-II sebab kita tak maju kehadapan . Tapi kalau tanpa cinta seorang lelaki kita boleh hidup lagi dan meneruskan kehidupan kita macam biasa . Asalkan tak kurang cinta mak ayah sudah lah kannn ? Kbaii , assalamualaikum :) :D