Followers

Saturday 7 July 2012

Sampaikan Salam Terakhir buat Semua :)



Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
 Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir


Assalamualaikum dan selamat sejahteraaaaa :) Hari Sabtu yang teramat bosan hari ni . Takde apa nak buat then terfikir nak update blog . Cer tengok lirik kat atas tu . Mesti pelik kenapa aku tetiba share lirik lagu tu kan ? Takde apa sebenarnya sajaaa haha :p 
Sejak menjak ni mata aku asyik bocor je . Pahm je lah maksudnya . Aku banyak masalah lagi2 masalah dengan family aku . Hampir dikatakan setiap malam aku menangis sebelum aku tidur . Semua manusia tak lepas ari sebarang masalah tapi kadangkala kalau masalah yang kita hadapi tapi kita tak mampu untuk bertahan , mungkin akan menimbulkan tekanan perasaan yang amat sangat . Maybe Allah sedang menguji tahap kesabaran aku . Sampaikan mata aku dah bengkak sebab selalu sangat menangis . Tapi aku tak pernah tunjukkan kat orang kalau aku tengah menangis . Cuma seorang hamba Allah yang tau aku selalu nangis sebab bila akunak nangis aku akan suruh dia call aku then lepas cakap dengan dia makin galak aku nangis . Dia pandai tenteramkan perasaan aku and terima kasih sangat kepada hamba Allah yang berhati murni itu hanya Allah yang mampu balas jasa . Okay sampai sini jelah post aku kali ni . Mata pedih nak tidur :) Assalamualaikum and selamat petangggg :')
Big Love , AidaSharina

Thursday 7 June 2012

Masalah lagi :'(


Hati aku tak tenteram sejak tadi . Tak tenteram sangat bila aku dapat tau “diorang”  baca diary aku yang lama walaupun aku dah tak guna diary aku tu lagi . Diary tu masa aku tingkatan 2 . Hampir semua dalam diary aku tu aku luahkan pasal “diorang” terutamanya pasal “diorang yang lagi satu” tu . Haih patutlah ada hari tu “diorang yang lagi satu” lain gila dengan aku . Dia macam marah sangat je kat aku sampaikan kiteorang dah bertegur pun still ada lagi something yang block hubungan kiteorang . AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS . Seriously aku memang percaya dengan peribahasa tu tapi tak sepenuhnya lepas apa yang dah jadi antara aku dengan “diorang” aku . Aku repeat DULU BUKAN SEKARANG . Sekarang segalanya bertambah baik lagi2 dengan “diorang yang sorang lagi” tapi dengan “diorang yang lagi satu” , emm , no komen . Diary tu masa aku tingkatan 2 weyy dah lama dah , dah dekat 2 tahun lebih dah . Sekarang aku dah besar , aku dah semakin matang and aku dah tak tulis kat diary lagi dah kalau aku ada masalah . Kadang2 aku tulis kat blog ni tak pun aku pendamkan je . Aku rasa better pendam perasaan kita tu daripada kita tulis kat diary sebab kita takkan tau kalau2 diary kita dibaca orang . Yeahh , sebab diary kan memang sesuatu yang sangat “PRIVATE AND CONFIDENTIAL”  and mestilah kita taknak diary kita dibaca orang lagi2 kalau orang yang baca tu adalah antara orang yang kita ada MENTION dalam diary kesayangan kita . Ni pengajaran untuk aku , aku takkan tulis kat diary lagi , kalau aku nak tulis kat diary pun maybe diary tu aku simpan betul2 sampai takde sorang pun yang akan tau pasal diary aku tu . And seriously aku rasa bersalah gila sebab aku banyak gunakan perkataan yang “KURANG ENAK DIDENGAR” dalam diary aku tu pasal “diorang” . Mesti diorang rasa sakit hati gila sebab aku . Apa yang aku mampu cakap hanyalah , AKU MINTAK MAAF SANGAT2 PASAL APA YANG DAH TERJADI DULU even sebenarnya aku tak salah pun sebab itu Cuma luahan perasaan aku . Masa tu aku tingkatan 2 , masih kurang matang and masih tak fikir panjang macam sekarang . Maybe dulu aku tak fikir yang kalau2 lah diorang baca mesti effect dekat aku jugak someday nanti . Tapi nak buat macam mana , “NASI DAH JADI BUBUR”  , benda yang lepas kita tak boleh nak undo/reverse lagi dah so nak tak nak terpaksalah aku terima semuanya dengan hati yang “TAK BERAPA NAK TERBUKA SANGAT NI “ . Kan ? Hmm aku dah lama gila tak update blog aku and hari ni aku tergerak nak update , so inilah hasil YANG TAK SEBERAPA NI . Harap2 adalah orang yang nak baca kan . Mudah-mudahan J

P/S: Aku memang sengaja guna perkataan “diorang” , “diorang yang lagi satu” and “diorang yang lagi sorang” , yeahh sebab PRIVATE AND CONFIDENTIAL . Kekadang tak semua orang kita boleh MENTION terang2 kan . Harap faham J




Big Lve , AidaSharina

Monday 2 April 2012

30 Pesanan Imam Syafie =)


1) tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat .
2) perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk . perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia .
3) pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun .
4) sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula . bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah . oleh itu , bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur .
5) apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit , kamu perlu ringkan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
6) marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun . oleh itu , hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya .
7) kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat .
8) berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka . ia dapat menambah keberkatan dan umur , menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu .
9) banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis .
10) takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar . ia ibarat pokok zaitun , minyaknya membawa berkat , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan .
11) iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya . oleh itu bagi menguatkan benteng iman , keimanan perlu dibajai dengan lima perkara , yakin , ikhlas , mengerjakan amalan sunat , istiqamah , bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12) ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati . ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah .
13) khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam , khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah .
14) Kubur adalah perhentian sementara bagi menbolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat . Oleh itu , siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi .
15) kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah , sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaithanirrajim". kita perlu bersabar sekiranya serangan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita , hendak melihat ketulenan jihad kita . Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16) sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17) hati adalah raja dalam diri . Oleh itu , lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan 
18) ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya .
19) ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya . Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia .
20) tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasaaktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosanya pada siang hari .
21) tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat . ia juga amalan para nabi , rasul dan orang soleh .
22) sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat , dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur , mengurangkan makan , mengurangkan bercakap , dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .
23) kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) oleh tanah .
sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya , dia memperoleh banyak kebaikan .
24) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah .
25) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud , dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman .
26) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud , Allah membela orang yang beriman .
27) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa , Allah pasti menaikkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud , Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman .
28) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud "Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus".
29) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud , sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami , kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka .





Big Love , AidaSharina

RAHSIA SIFAT SESEORANG DALAM PERCINTAAN :)

JANUARI
· Mudah jatuh cinta
· Mudah melupakan perasaan cinta terhadap org yang dicintai sekiranya dikhianati
· Sukar setia
· Pandai mengambil hati tp mudah melukai pasangan.
· Selalu berdiam diri ketika bertemu dgn pasangannya.
· Bersikap romantik tetapi tdk pndai menunjuk
· Sikap cemburu tinggi terhadap pasangan
· Bakal jd bapa atau ibu yg penyayang


FEBRUARI
· Sukar jatuh cinta tp mudah utk dikhianati
· Hormat pd pasangan
· Suka memikat pasangan
· Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
· Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
· Sngat romantik
· Selalu menjaga hati pasangan
· Amat menjaga penampilan

MAC
· Mudah menawan hati pasangan
· Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
· Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
· Sangat baik dlm perhubungan
· Amat sukar melupakan pasangan yg dicintai
· Perasaan cemburu yg minimum
· Sgt manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
· Mudah memilih pasangan tanpa berfikiran waras
· Sentiasa mengharapkan keistimewaan drp pasangan
· Berprasangka terhadap pasangan

APRIL
· Memendam perasaan
· Malu meluahkan isi hati
· Ingin diberi perhatian
· Cemburu dlm perhubungan
· Kesetiaan teguh dalam perhubungan
· Emosi cepat terusik dan mudah terluka
· Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
· Romantik
· Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
· Sukar berlaku curang
· Kebanyakan org yg lahir dlm bulan ini blh dianggap “hamba cinta” spt Laila, Juliet, Siti Zulaikha

MEI
· Mudah jatuh cinta
· Jujur dlm perhubungan
· Pandai menarik hati pasangan
· Perasaan cinta mendalam
· Mudah dipujuk
· Mudah menerima cinta
· Pilihan yg tepat dalam pasangan
· Nekad utk menjaga hubungan yg baik
· Bukan queen control/king control
· Suka mengangankan sesuatu yg indah bersama pasangan
· Sentiasa dahagakan kasih sayang
· Ambil berat dlm menjaga perhubungan

JUN
· Pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
· Sukar melukai dan memahami hati pasangan
· Mudah jatuh hati terlalu memilih
· Cerewet dlm perhubungan
· Selalu beremosi
· Mudah merajuk dan mudah dipujuk
· Cepat rasa bosan dlm percintaan
· Kurang yakin dlm perhubungan
· Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan org
· Bakal menjadi ibu yg baik
· Dahagakan pujian drp pasangan

JULAI
· Suka didampingi pasangan
· Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
· Mudah dipujuk dan berterus terang
· Menghargai kesetiaan pasangan
· Mengambil berat dan mengasihi pasangan
· Suka merajuk dan dipujuk
· Setia terhadap pasangan
· Suka mendengar dan tidak suka membantah
· Cemburu terhadap pasangan

OGOS
· Tidak serius dalam perhubungan
· Mengambil mudah dlm perhubungan
· Kesetiaan diragui
· Pandai memujuk pasangan
· Suka memimpin pasangan
· Romantic, pengasih dan penyayang
· Kelam kabut dlm perhubungan
· Sering bertukar pasangan
· Sukar mencari pilihan yg tepat
· Sngat sensitive dan cemburu tahap maksimum
· Mudah meluahkan kata cinta terhadap sesiapa yg berkenaan

SEPTEMBER
· Bersopan santun dlm perhubungan
· Bertolak ansur dlm pasangan
· Suka mengkritik pasangan
· Sangat prihatin terhadap pasangan
· Sangat sensitive dan emosi
· Pandai memahami pasangan
· Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
· Amat memilih pasangan
· Sukar melupakan sekiranya hati terluka
· Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan

OKTOBER
· Suka berkomunikasi dengan pasangan
· Sopan terhadap pasangan
· Jujur dan jarang berpura-pura
· Mudah terluka hati
· Sukar menerima pandangan pasangan
· Emosi yg mudah terusik
· Pengasih dan penyayang terhadap pasangan
· Terlalu cemburu
· Romantik
· Memahami pasangan

NOVEMBER
· Banyak helah
· Cermat dan teliti dlm perhubungan
· Amat berahsia
· Degil
· Tidak suka dikongkong
· Mudah ambil berat
· Tidak menghargai perhubungan
· Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
· Kurang menghargai pasangan dan hal-hal cinta
· Kurang bersama dengan pasangan

DISEMBER
· Pemurah terhadap pasangan
· Mudah jatuh cinta dlm masa yg sama
· Tergesa-gesa dalam perhubungan
· Suka didampingi oleh pasangan
· Benci dikongkong
· Berbakat utk kahwin lebih dr satu ( untuk lelaki )
· Suka mempengaruhi pasangan
· Curang dalam percintaan
· Kurang bekerjasama dlm pasangan
· Selalu cuba untuk mencari pasangan baru
· Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.


Big Lve , AidaSharina

Saturday 10 March 2012

Tentang Rasa Tentang Diaa :)

Assalamualaikum dan selamat malam sekali lagi . Time cuti-2 macam ni lah aku banyak post kat blog kalau tidak takde maknanya disebabkan kesibukkan belajar dan berkawad . Malam ni aku touching sekejap sebab aku teringat someone yang aku suka . Actually kiteorang baru kenal tahun lepas dalam akhir tahunlah gitu . Aku bahasakan dia ni sebagai MF lah . Hampir dikatakan tiap malam kiteorang chatting and kadang-2 webcam . Tapi yang aku suka pasal dia ni , dia simple , pemalu tahap gaban sampaikan bila webcam dia taknak tunjuk muka sampaikan aku cakap dengan sedara dia . Dia same sch dengan aku , dia form 5 , dia pengawas , dia pakai spectacles and dia tak pernah naik bus sebab tiap-2 hari naik van . Banyak gila kan yang aku tau pasal dia ? Perempuan kalau dah betul-2 suka dia akan amik tau semuanya pasal laki tu . Bukan fakta tapi kenyataan . 



And perkenalan kiteorang tetap berjalan macam biasa sampai sekarang . And satu benda lupa nak bagitau , dia pernah confess dekat aku yang dia suka , sayang aku . Seriously bila aku cakap dengan kawan aku diorang semua macam tak percaya tapi percayalah aku tak tipu . Yelah siapa lah kan nak suka dekat budak gemuk and budak gangster macam aku ni . Impossible lah kan . Tapi aku boleh bagi bukti tapi sorry to say kat sini tak boleh lah sebab ramai yang kenal dia so lebih baik aku diamkan jee . 


 Bila kat sch , bila nampak aku dia mesti alih pandangan tak pun buat-2 tak nampak . dari situ aku dah tau yang dia ni memang pemalu tahap gaban . Tapi yang terharunya dia cakap dia langsung tak kisah dengan bentuk fizikal aku sebab err yelah aku kan gemuk siapalah yang nak suka dekat orang gemuk kan . 


Tapi lately hubungan kiteorang jadi renggang tanpa sebab yang pasti . Dulu phone dia hilang tapi sekarang ni dia dah beli phone baru . Boleh dikatakan tiap hari aku mesej dia tapi yang sedihnya dia tak reply . maybe dia takde kredit okay aku paham . Then aku try call dia , tapi dia tak angkat . Okay aku paham lagi . Then esoknya aku try call lagi tapi still tak berjawab . Apa yang aku patut buat ? Sabar jelah kan . Start dari situ aku macam dah putus asa dengan dia . Sebab aku ada terbaca satu kata hikmat yang cakap "Kalau seorang lelaki sayangkan seorang perempuan , dia akan mesej tanpa perlu perempuan tu mesej dan akan call tanpa perlu perempuan tu call" . Kat situ aku dah paham maybe rasa sayang dalam hati dia dah takde pada aku .



Err kisah ni belum habis lagi . Tapi yang aneh dan peliknya . Aku perasan dia ni caring jugak pasal aku . Hari tu member yang selalu dengan aku ni balik sorang sebab dia takde kawad and aku ada kawad so kiteorang tak balik saing . Dia terserempak dengan MF and dia cakap MF pandang dia semacam maybe dia pelik sebab aku tak balik saing kawan aku tuh . And satu lagi , hari tu baru balik kawad and lalu dekat tempat yang MF selalu buat latihan kawad . So aku jalan jelah even aku perasan dia ada kat situ . Bila balik dia naik van yang dekat-2 dengan tempat aku lepak . Aku buat tak nampak jelah takkan nak buat muka excited pulak kan . Haha . Then dia dah masuk van , dia duduk belakang sekali and aku nampak dia mengendap dari celah-2 kerusi tu . Ahh aku dah bengang aku pun terus ajak member aku naik atas sikit . Then jalan terus tak pandang belakang . Haha apelah perasaan dia bila aku buat macam tu kann .



Kay lah dah penat dok typing dari tadi . Masa untuk rehat . Selamat malam semuaaaa . *lambai tangan :)

Big Love , AidaSharina

Friday 9 March 2012

Birthday Present :D

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa . *lambai tangan . Start dari esok cuti sekolah dah mula . Jadi , kita boleh rehat dengan secukupnya . Suka tak ? Kalau suka sila angkat kaki . Hewhew :) 
Kay aku nak cerita pasal birthday present aku ni . Tadi lepas perhimpunan adik member aku yang dah pindah STA tu jumpa aku . Dia bagi aku birthday present yang member aku tak sempat nak bagi hari tu . Hapyyyyyyy ! Haha . Member aku ni baik sangat . Terharu dibuatnya aku sebab macam-2 dia bagi dalam beg yang dia bagi aku tu . Nak tengok ? Cekidout :) 

 Err aku tak tau nak cakap macam mana . Tapi benda ni macam bunga hiasan kaca lah lebih kurang . Haha :)
 Tengok , dia siap buat gambar lagi special untuk aku . Siap ada gambar aku and gambar dia and Ain Syafika lagi . Sweet tak ? Rindu gilaaa dengan diorang ;'(
Ni cawan kaca yang ada gambar ikan kat tepi tu . Murah pun murahlah janji ada makna :)


Serious aku terharu sangat dengan dia . Opps lupa nak cakap nama member aku tu SITI NURSABRINA BINTI MOHAMMAD JOHARI . Lahir pada 5 JUN 1996 di HOSPITAL BATU PAHAT , JOHOR . Dia seorang yang sangat baik , dia selalu nasihatkan aku kalau aku ada sakit hati dengan sesiapa . Dia selalu cakap jangan simpan perasaan marah tu lama-lama dalam hati sebab nanti jadi dendam . Kay dia sangat betul dan aku sangat setuju dengan dia . Dulu masa form 3 kiteorang duduk bertiga dalam kelas . Yang kiri NUR AIN SYAFIKA BINTI ZAKARIA . yang tengah aku SITI AIDA SHARINA BINTI ABDUL KARIM dan yang kanan SITI NURSABRINA BINTI MOHAMMAD JOHARI . Kiteorang sentiasa ada untuk masing-2 sebab salah seorang kalau ada masalah mesti kongsi sesama sendiri . Aku pulak selalu gaduh-2 manja dengan diorang kadang-2 sampai cubit peha , tangan , pipi and sebagainya . Aku suka landing kat badan AIN SYAFIKA sebab badan dia macam bantal sampaikan cikgu tegur aku , cakap aku ni kurang kasih sayang sebab suka landing kat badan dia . Aku rindu sangat kenangan dengan diorang . Kay lap air mata . Apa-pun aku rindu sangat kenangan dengan diorang . Kalau nak cakap pasal birthday present tak banyak pun yang aku dapat . Kebanyakkan makanan jelah sebab ayah aku yang belikan . Yelah ayah aku pikir aku budak-2 lagi so belikan makanan jelah . Tapi ada hari tu ayah dengan mak belanja makan bertiga dengan aku dua hari lepas birthday aku . lambat pun lambatlah asalkan perut kenyang . Haha . Nah tengok ni :)

 Ni kek RM2.50 yang aku guna duit aku sendiri . Yelah kempunan tak dapat kek idaman aku kek SECRET RECIPE so kek murah yang tersangat murah pun jadilah . Buat lepas kempunan jee :)



Cadbury , Magnum and Sneakers ni semua ayah aku yang belikan . Yelah budak kecik kan mestilah bagi present makanan jee . Haha makin bertambah montel-montelan lah aku macam ni . nak buat macam mana kan . Terima and redha jelah . Hewhew :D

Big Love , AidaSharina

Friday 24 February 2012

Exam @ Birthday :D


Assalamualaikum dan selamat sejahtera . *kenyit mata . Entry baru kali ni aku nak cerita pasal buku , buku dan buku . Makan tengok buku , tidur tengok buku , belajar tengok buku , dan online tengok buku . Ni semua pasal UPK1 . Seriously aku memang tak ready sebab belajar baru lagi dah ada exam berbagai . Lepas tu cikgu asyik cerita pasal format SPM berbagai macamlah aku nak SPM tahun ni kan . Kalau subject yang senang-senang macam Maths Modern , BI , BM tu kira okay lagi . Cuma certain subject yang aku tak ready nak exam macam Biologi , Fizik , Kimia dan yang paling aku kecut erut sampai nak terkeluar isi perut , ADDMATHS ! Yapp , Addmaths . Seriously bila cikgu ajar kat depan aku memang fokus tapi kenapa ada certain subtopic tu aku tak paham . Dari form3 lagi aku memang ada masalah dengan Mathematics tapi bila naik form4 ni Maths Modern takde masalah lah pulak . Sampaikan aku pujuk mak aku suruh belikan buku rujukan Addmaths and buku latihan . Sudahnya mak aku bagi duit je suruh aku beli sendiri . Nah tengok ni buku murah je aku beli tai yang penting banyak example dalam buku tu yang boleh tolong aku . Tapi bila aku dah beli , aku jadi macam endah tak endah je buku tu . *angkat bahu* .



Kay sekarang aku nak cerita pasal perangai ULAT BUKU aku yang tak terhakis sampai sekarang . Percaya atau tidak , start dari bulan 1 aku dah pinjam buku kat library tu dalam berbelas buku lah jugak . Dah nama pun pustakawan haruslah menziarah library kan . Tapi aku menziarah time aku bertugas je tiap hari Khamis . Mana taknya , sekali pinjam sampai 3 buah buku tapi bacanya dalam masa seminggu je . Manalah cukup kan . Kadang-2 aku pinjam tapi aku tak baca pun . Buku-2 yang pernah aku pinjam ni lah .






Tapi buku yang paling aku suka tajuknya FOR ONE MORE DAY ataupun tajuk dalam bahasa melayunya UNTUK SEHARI LAGI . Buku tu actually buku english tapi dimelayukan . Novel tu tak nipis , tak tebal , cuma sedang-sedang je . Novel tu lah yang aku dah baca sampai separuh even baru pinjam sehari . Gaya macam aku pinjam buku tu 3 hari je kan . Bukan sebab tu tapi sebab buku tu sangat interesting contentnya . Novel ni menceritakan pasal hubungan antara ibu dan anak . Parents Charley Benetto ni dah bercerai masa umurnya baru 11 tahun . Tengok tajuk macam confuse tapi bila dah baca baru paham . Kisah ni umpamanya kalau kita diberi satu lagi peluang untuk spend time dengan orang yang kita sayang sebelum diorang meninggal dunia . Dan aku sangat tertarik dengan ayat penulis ni yang menunjukkan dia sangat menyayangi ibunya .
" Saya mempercayai kata-kata ibu ."
"Kamu jangan tersalah anggam. ibu tida memanjakan saya berlebih-lebihan dan tanpa batas . dia merotan saya . dia memarahi saya . dia mendenda saya . tetapi dia tetap menyayangi saya . sesungguhnya , dia memang begitu . dia tetap menyayangi saya walaupun saya terjatuh kerana bermain buaian . dia tetap menyayangi saya walaupun saya memijak lantai dengan kasut berlumpur . dia tetap menyayangi saya melalui mintah , hingus dan lutut berdarah . dia sayangkan saya yang keluar dan masuk dalam keadaan terbaik dan terburuk saya . telaga kasih dan sayangnya terhadap saya tiada batasnya . "
Sangat interesting kan ? Hehe tu lah yang aku suka sangat dengan novel ni .


Nampak gambar atas ni ? Kay tujuan utama cuma aku nak cakap GOODLUCK untuk exam yang bakal menjelma ataupun sudah menjelma . Even aku nak exam tapi aku still ada masa nak baca novel berbagai macam lah exam aku tu lambat lagi padahal 27/2 ni je . Dua hari lepas birthday aku . Kay sangat bosan . Aku type entry ni 24/2 malam sebelum birthday aku . Aku dah dapat rasakan yang birthday tahun ni aku sambut dalam keadaan yang menghibakan dan menyedihkan . nak tau kenapa ? Hal family tak elok bagitau orang . Yang penting , aku taknak sedih-2 aku nak happy je . GTG , Assalamualaikum semuaaaa :) <3




Big Love , AidaSharina

Tuesday 14 February 2012

Gonna Miss you , My Dear Hasanah :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuaaaa :) *kenyit mata* . Sebenarnya aku nak update dari hari sabtu lagi tapi langsung tak ada masa and homework yang setinggi bukit soga . Haha :) 10/2/2012 sekolah aku ada buat majlis sambutan Mulidur Rasul . Semua dibenarkan pakai baju raya . Yeayyyyy ! Tapi yang tak syoknyaa kene pakai kasut sekolah . *angkat kening* . Tapi aku tak pakai kasut sekolah aku pakai kasut sneakers BUM je sebab kasut sekolah aku comot kott . Hari tu takde yang special sangat just biasa-2 je . Berarak , dengar ceramah then makan and lepak-2 lastly balik . Cer tengok kejap gambar yang sempat aku snap . Cekidout ! :)
 Itu diaaaaa ! Yang baju purple tu aku dan yang sebelah tu kawan baik aku Nuraini binti Yusuff @ Aini . Aku memang pendek aku sedar so tak payah nak nganjing aku sangat lah kann . Haha :) 
 Ni diaa Ustaz Faridhilmi yang sempoi lagi handsome .  Handsome ke ? *angkat kening* . Haha . Ustaz ni bekas guru kelas aku masa aku Form 2 sampai lah aku Form 3 dulu . Best belajar bahasa arab dengan Ustaz ni . Haha . Sebenarnya aku nak snap gambar dengan Ustaz sebab kebetulan kiteorang pakai baju sedondon hari ni tapi Ustaz tak nak pulak . Ada ke dia suruh aku buat superimpose je ? Haha lawak lah Ustaz :D 
Sambil lepak-2 sempat jugak aku snap gambar diorang senyap-2 . Haha nasib korang lahh :) 

Tapi ada kisah yang tersirat pada hari keramat tu . Kawan baik aku yang selalu dengan aku , yang selalu ketawa , nangis dengan aku last day kat sekolah aku . Nama dia Siti Nurhasanah binti Bohan @ Hasanah . Aku sayang sangat buda ni sebab bila aku rasa happy dia happy , bila aku sedih dia relaxkan aku , bila aku rasa menyampah dia advise aku supaya aku jangan ikott perasaan sangat sebab perasaan had dengki tu tak baik kata dia . Seriously dia memang kawan yang baik sebab dia selalu bersama dengan aku tak kira aku susah ataupun senang . Dulu masa time PMR aku selalu hangout dengan dia just pergi Summit temankan dia beli buku , beli hadiah ataupun semata-mata nak makan KFC . Haha :) Terlalu banyak kenangan manis aku dengan dia . Hari tu aku sempat snap gambar dia dengan member aku lagi sorang ni sebab member aku ni nak balik awal . Time tu lah dia mula mengalirkan airmata diaa . Cekidout :) 

 Hasanah yang tuduh labuh pakai baju coklat tu . Yang pakai baju kuning tu Aini . 
 Sempat lagi main tepuk amai-2 sebelum dia balik . Haha :)
 Time ni Hasanah dah mula sebak sebab tu dia pegang tisu . Gonna miss you Hasahah :)
Siapa yang tak sedih bila kita terpaksa berpisah dengan kawan kita yang kita dah kawan selama 3 tahun lebih kan ? Semua orang sedih termasuk aku sendiri . Sebelum naik bas aku peluk lama sangat dengan dia sebab macam tak nak lepas sebab aku tau lepas ni kiteorang dah jarang jumpa . Ramai kott yang perasan ada airmata bawah mata aku time balik tu . Tapi aku buat derk je lah . Yang sedihnya aku terpaksa balik dalam keadaan hati yang duka . Aku dah takde teman nak hangout macam dulu lagi dah . Seriously bosan sangat takde member yang sesempoi kau Hasanah :(

p/s: Sorry gambar hasanah tu tak berapa nampak sangat muka dia sebab dia tu pemalu orangnya tapi dia sangat sempoi dan peramah . Tu sebab aku suka sangat kawan dengan dia . Sebelum dia pindah dia ada bagi aku satu present ni masa dia pergi Tanjung Sedeli dekat Kota Tinggi . Lawatan sekolah sebenarnya tapi hari tu aku tak dapat pergi sebab ada hal keluarga . nak tengok tak apa yang dia bagi ? Ni haaa :) 
Frame biasa je sebab aku pun tak kisah sangat pun . Cuma aku tak sempat nak belikan dia hadiah . Kay takpe nanti kalau ia cuti lama boleh lah aku hangout dengan dia . Ucapan terakhir , I AM GONNA MISS YOU DEAR BEST FRIEND :) <3 <3 <3


Big Love , AidaSharina

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan selamat pagi semuanya . Have a blast ! Baru pukul 10 lebih aku dah duduk depan lappy update blog disebabkan malam tadi tak dapat online . Aku just nak cakap SALAM MAULIDUR RASUL pada semua UMAT ISLAM yang menyambutnya .

Bila HAPPY NEW YEAR kita boleh sambut tapi kenapa tidak MAULIDUR RASUL kan ? Aku ada baca satu artikel dalam FACEBOOK yang mengatakan menyambut TAHUN BARU adalah HARAM sebenarnya . Tapi sekiranya kita tak tau yang menyambut TAHUN BARU tu HARAM kira dimaafkan lah . Tapi kalau kita dah tau yang sambut TAHUN BARU tu HARAM tapi kita tetap sambut bermakna kita sudah terpesong dari akidah yang sebenar . UMAT ISLAM hanya dibenarkan menyambut MAAL HIJRAH dan bukannya TAHUN BARU . Aku tak tau lah artikel tu betul atau salah tapi pada pendapat aku betul lah .
Okay once again SALAM MAULIDUR RASUL semuaaa ! Hari ni JUMAAt depan sekolah aku ada buat sambutan MAULIDUR RASUL dan kiteorang semua dibenrakan memakai BAJU KURUNG . Yeayyyyyy ! Haha excited gilaa nih !


Ramai-2 lah kita berarak keliling sekolah sambil berkawad kaki pada hari JUMAAT depan ye anak-2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA . Chaiyokk-2 !! Kay wassalam :D




Big Lve , AidaSharina

Thursday 2 February 2012

Biar Mimpi Sampai ke Bintang :)

Assalamualaikum . Selamat Datang Bulan February ! Korang mesti pelik kan kenapa aku boleh tetiba wishh pulak pasal bulan Feb ni . Semua ni disebabkan pada tarikh keramat 25 FEBRUARY 1996 telah lahir seorang puteri yang putih-2 berseri yang diberi nama SITI AIDA SHARINA BINTI ABDUL KARIM . Yes , itu adalah aku dan tak lama lagi aku akan menginjak ke umur 16 tahun . Ohh dah tua rupanya aku . Cehh takde lah tua sangat pun kan . Aku just nak kongsi something yang aku nak bila birthday aku nanti . Actually baru je beberapa minggu yang lepas aku survey-2 kat Pak Google jumpa lah beberapa hp yang aku berminat . Aku tak berharap pun aku dapat hp tu bila birthday aku nanti sebab aku tau hp tu mahal gilaa plus mak ayah aku mesti tak bagi beli sebab aku ni ganas gila . tu yang sampai sekarang pakai hp murah je . Alahh hp lampu picit tu lahh . Tau kann ? Haha :)


Nampak tak ? Mestilah nampak kan . Aku download dari Pak Google dan inilah hasilnya . Gempak gila kan ? Dah la nipis , besar , touch screen lagi tu . Gila awesome lah kan kalau satu hari nanti aku dapat 'menatang' ni . Mesti aku sengih sampai pagi . Tapi itu hanyalah angan-2 di dalam tidur sahaja . Aku tau aku takkan dapat . Just nak share apa yang aku suka . Kalau korang yang baik hati boleh lahh bagi hp ni time birthday aku nanti . Tinggal 23 hari je lagi . Jangan lupa tau ! Muehehe :D




Big Love , AidaSharina

Friday 27 January 2012

Dia Abang Terbaik :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Hari ni aku happy-2 keluar dengan mak dan kakak kedua aku pegi BPMALL just nak jalan-2 sebab kiteorang pun dah lama tak jalan-2 . Tengah jalan-2 tu mak aku tiba-2 dapat call dari kakak sulong aku . Berita yang paling mengejutkan ialah ABANG AKU EXCIDENT ! Then kiteorang terus gerak pergi HOSPITAL BATU PAHAT . Tunggu lah kat wad kecemasan then ada orang yang tolong bawak abang aku pergi hospital . Dia cerita lah dari A sampai Z macam mana abang aku boleh excident masa dia ontheway nak pergi tempat kerja . Then , doktor cakap kaki kiri dia maybe patah sebab masa excident tu memang bengkok kaki dia . Lepas doktor dah xray , memang betul kaki kiri abang aku patah kat bahagian paha . Kesian dok dengar dia mengerang . Dia asyik cakap sakit , sakit . Aku yang duduk sebelah dia pun lama-2 jadi sebak sampailah aku nangis . Kesian sangat kat diaa . Kepada sesiapa yang dah baca entry kali ni , aku mintak tolong sangat tolong selitkan nama abang aku , MUHAMMAD NAZRIZWAN BIN ABDUL KARIM dalam doa korangg . Doakan semoga dia cepat sembuh dan boleh jalan seperti sediakala .


Ni lah dia orangnya . Ni gambar terbaru dia rasanya tahun lepas kott yang sempat aku curik dari hp dia . Korang mesti ada yang kenal kann ? Mintak tolong doakan dia cepat sembuh kay . Budi baik korang hanya Allah je lah yang mampu balas . Terimakasih :D



Kau abang terbaik lah weyy even kau selalu dok kacau aku . Aku sayang kau :)



Big Lve , AidaSharina

Monday 23 January 2012

Meratapi Pemergian Mereka :(


Seriously aku kecik hati sangat kat bekas budak-2 3LH . diorang semua mohon sbp then kebanyakannya ramai yang dapat . then ada sorang ni dok sibuk-2 ajak diorang pindah sch dia macam lah sch dia bagus sangat . sedar lah weyy , sch mana-2 pun sama je lah . kalau nama sch je gah di mata orang tapi kalau kau belajar pun main-2 takde masa depan jugak . so , tak payah lah nak berlagak sangat dengan aku mentang-2 lah mak ayah aku tak bagi pindah mana-2 kann . at least aku belajar semampu yang aku boleh daripada sesetengah orang tu pindah just nak pegi sch yang famous . kira gilaa famous lah kau kann ? GTH lah ! aku tak heran pun semua tu . yang paling aku sedih dua orang kawan baik aku pun nak pindah . 



Kenangan aku dengan Ain Shafika . Aku sayangg sangat budak ni sebab dia paham aku ni macam mana . Dia dah macam adik aku dah . Walaupun kiteorang selalu gaduh , tapi dia langsung tak amik series . Tu yang buat aku sayangg sangat kat diaa :)


 Ain Shafika :)
 Yang sebelah Ain Shafika tu nama dia Siti Nursabrina . Tu pun kawan baik aku . Kiteorang memang duduk bertiga dalam kelas 3LH tahun lepas dan tu adalah kenangan yang paling indah sebab dapat kawan yang baik macam diorang . Sabrina dia seorang yang sangat baik hati . Walaupun orang banyak buat salah dengan dia , tapi dia tetap maafkan . Dia jugak selalu bagi pandangan kat aku dan aku suka sangat . Dua orang ni lah kawan terbaik aku tapi tak lama lagi diorang pun akan pindah sebab dapat masuk SBP . Sedihnya aku :(
 Ain Shafika , budak comel :)

Nama budak ni Siti Nurhasanah . Aku pun sayang sangat buda ni sebab bila aku ada masalah aku akan luahkan kat dia . Dia seorang yang sangat baik hati dan memahami . Bila kau dah pindah nanti siapa yang nak dengar masalah aku weyy ? Sampai hati kau lah kann :(


Aku taknak korang semua pindah lah weyy sebab aku dah kawan dengan korang dah lenih 3 tahun dan itu satu masa yang lama . aku tak boleh nak lupakan kenangan kita sama-2 dulu tapi korang senang-2 je pindah kann . pegi lah weyy ! dah pindah jangan pikir langsung pun pasal aku . aku taknak tau pasal korang jugak . aku sedar lah aku ni sapa , memang takde makna langsung lah kann pada korang :(


Monday 2 January 2012

Azam 2012 :)


Tahun lepas aku memang langsung tak pasang azam apa pun . So start dari tahun ni aku nak pasang azam . Ni semua mengajar aku supaya berdikari atas usaha sendiri . Cekidout !

1) Jangan tinggal solat lima waktu sehari semalam .
2) Nak kuruskan badan sikit sebab tak lama lagi aku dah nak habis sekolah , nak cari keje . And tak lama lepas tu nak cari bakal suami . *Miang nak kahwin . Hehehe :)
3) Taknak melawan cakap mak aku lagi . Sebab aku rasa keputusan PMR aku jadi macam tu pun sebab aku selalu melawan cakap mak aku . Sebab aku rasa apa yang aku dah usaha tak setimpal dengan apa yang aku dapat . Ni semua pengajaran buat aku . Lepas ni nak jadi anak yang solehah . *InsyaAllah :)
4) Nak kumpul duit nak beli hp sendiri . Penat lah aku pakai hp lampu picit ni . Member aku semua hp canggih-II aku je ketinggalan zaman . So aku taknak harapkan family lagi sebab bila aku mintak kat mak aku pun , mak aku cakap tungggu habis sekolah baru beli hp canggih . *Berzaman nak tunggu :(
5) Nak beli mp3 yang boleh mengisi kebosanan aku di mana pun aku berada . Lepas ni tak payahlah nak merayu-rayu dekat abang atau akak aku pinjam hp diorang semata-mata nak dengar lagu kan ? Hehe :)
6) Nak belajar rajin-rajin sebab tahun depan aku dah SPM . Kalau PMR aku tak dapat straight A tak kisah lah yang penting SPM mesti straight A sebab nasib aku dapat masuk IPTA ke tak semua bergantung pada result SPM aku . Sebab aku dah janji dengan mak ayah aku yang aku nak dapatkan ijazah terus sebab akak-II aku semua setakat diploma je . Ayah aku pun dah cakap awal-II ayah aku nak dapatkan at least 7A spm nanti . Kalau boleh nak bagi lebih sikit tapi usaha pon kene lha lebih jugak kan ? So , aku akan cuba yang terbaik untuk tepati janji aku pada mak aku tu . Janji mesti ditepati beb ! :)
7) Takkan menangis disebabkan lelaki sebab sebelum ni aku dah puas menangis sebab lelaki . Aku nak buktikan pada kaum lelaki yang perempuan pun boleh hidup aman damai tanpa lelaki . Dah besar nanti baru pikir nak cari lelaki . Sekarang ni kalau setakat cinta monyet memang lah aku layan tapi kalau nak pikirkan pasal cinta sejati tu belum lagi :)
8) Aku nak jadi orang yang lebih penyabar dan tak cepat marah macam tahun lepas . Aku taknak cari gaduh dengan sesiapa lagi dan kalau ada sesiapa yang tak puas hati dengan aku , aku akan bincang cara baik-II dengan diorang . InsyaAllah :)
9) Aku nak baikpulih hubungan aku dengan sorang budak ni . Dulu aku dengan dia bff tapi sejak masuk sekolah menengah kitorang makin renggang disebabkan aku dengan dia berlainan kelas . Lagipun dia pikir aku dah sombong sebab kelas kitorang jauh and aku pun dah ada group member aku sendiri . Sampaikan dia timbulkan balik hal dia dengan mak aku dulu sebab masa darjah 6 kott tak silap aku , mak aku pernah marah dia sebab aku selalu keluar dengan dia naik motor . Mak aku tak suka sebab takott apa-II jadi kat aku . Then mak aku cakap jangan kawan dengan aku lagi . Lepas benda tu jadi , aku dah mintak maaf kat dia dah and aku suruh dia lupakan apa yang mak aku cakap tu . Tapi lain pulak jadinya . maybe dia terasa sangat kott . Takpelah aku akan berusaha berbaik dengan dia . Lagipun sampai bila aku nak bermusuh dengan dia kann ? Lebih baik berdamai je :)
10) Tahun ni aku akan jadi seorang perempuan yang lebih peramah dan tak bermasam muka macam tahun lepas lagi . Mak aku selalu tegur sebab aku selalu masam muka tapi lepas tu aku dah senyum balik . Tapi mak aku cakap kalau baru ditegur baru nak berubah buat apa . Kene lah berubah dengan keinginan diri sendiri bukannya orang lain . So , aku akan dengar cakap mak aku tu . Nak jadi anak yang baik mestilah kene dengar cakap mak kannn ? Muehehe :)


*Setakat ni je lah yang boleh aku ringkaskan azam aku tahun 2012 . Tak tau nak azam apa lagi dah sebab dah takde idea nak ubah apa . Apa yang penting aku akan lebih pentingkan pelajaran darpada cinta sebab tanpa pelajaran kita takkan ke mana-II sebab kita tak maju kehadapan . Tapi kalau tanpa cinta seorang lelaki kita boleh hidup lagi dan meneruskan kehidupan kita macam biasa . Asalkan tak kurang cinta mak ayah sudah lah kannn ? Kbaii , assalamualaikum :) :D