Followers

Monday, 2 January 2012

Azam 2012 :)


Tahun lepas aku memang langsung tak pasang azam apa pun . So start dari tahun ni aku nak pasang azam . Ni semua mengajar aku supaya berdikari atas usaha sendiri . Cekidout !

1) Jangan tinggal solat lima waktu sehari semalam .
2) Nak kuruskan badan sikit sebab tak lama lagi aku dah nak habis sekolah , nak cari keje . And tak lama lepas tu nak cari bakal suami . *Miang nak kahwin . Hehehe :)
3) Taknak melawan cakap mak aku lagi . Sebab aku rasa keputusan PMR aku jadi macam tu pun sebab aku selalu melawan cakap mak aku . Sebab aku rasa apa yang aku dah usaha tak setimpal dengan apa yang aku dapat . Ni semua pengajaran buat aku . Lepas ni nak jadi anak yang solehah . *InsyaAllah :)
4) Nak kumpul duit nak beli hp sendiri . Penat lah aku pakai hp lampu picit ni . Member aku semua hp canggih-II aku je ketinggalan zaman . So aku taknak harapkan family lagi sebab bila aku mintak kat mak aku pun , mak aku cakap tungggu habis sekolah baru beli hp canggih . *Berzaman nak tunggu :(
5) Nak beli mp3 yang boleh mengisi kebosanan aku di mana pun aku berada . Lepas ni tak payahlah nak merayu-rayu dekat abang atau akak aku pinjam hp diorang semata-mata nak dengar lagu kan ? Hehe :)
6) Nak belajar rajin-rajin sebab tahun depan aku dah SPM . Kalau PMR aku tak dapat straight A tak kisah lah yang penting SPM mesti straight A sebab nasib aku dapat masuk IPTA ke tak semua bergantung pada result SPM aku . Sebab aku dah janji dengan mak ayah aku yang aku nak dapatkan ijazah terus sebab akak-II aku semua setakat diploma je . Ayah aku pun dah cakap awal-II ayah aku nak dapatkan at least 7A spm nanti . Kalau boleh nak bagi lebih sikit tapi usaha pon kene lha lebih jugak kan ? So , aku akan cuba yang terbaik untuk tepati janji aku pada mak aku tu . Janji mesti ditepati beb ! :)
7) Takkan menangis disebabkan lelaki sebab sebelum ni aku dah puas menangis sebab lelaki . Aku nak buktikan pada kaum lelaki yang perempuan pun boleh hidup aman damai tanpa lelaki . Dah besar nanti baru pikir nak cari lelaki . Sekarang ni kalau setakat cinta monyet memang lah aku layan tapi kalau nak pikirkan pasal cinta sejati tu belum lagi :)
8) Aku nak jadi orang yang lebih penyabar dan tak cepat marah macam tahun lepas . Aku taknak cari gaduh dengan sesiapa lagi dan kalau ada sesiapa yang tak puas hati dengan aku , aku akan bincang cara baik-II dengan diorang . InsyaAllah :)
9) Aku nak baikpulih hubungan aku dengan sorang budak ni . Dulu aku dengan dia bff tapi sejak masuk sekolah menengah kitorang makin renggang disebabkan aku dengan dia berlainan kelas . Lagipun dia pikir aku dah sombong sebab kelas kitorang jauh and aku pun dah ada group member aku sendiri . Sampaikan dia timbulkan balik hal dia dengan mak aku dulu sebab masa darjah 6 kott tak silap aku , mak aku pernah marah dia sebab aku selalu keluar dengan dia naik motor . Mak aku tak suka sebab takott apa-II jadi kat aku . Then mak aku cakap jangan kawan dengan aku lagi . Lepas benda tu jadi , aku dah mintak maaf kat dia dah and aku suruh dia lupakan apa yang mak aku cakap tu . Tapi lain pulak jadinya . maybe dia terasa sangat kott . Takpelah aku akan berusaha berbaik dengan dia . Lagipun sampai bila aku nak bermusuh dengan dia kann ? Lebih baik berdamai je :)
10) Tahun ni aku akan jadi seorang perempuan yang lebih peramah dan tak bermasam muka macam tahun lepas lagi . Mak aku selalu tegur sebab aku selalu masam muka tapi lepas tu aku dah senyum balik . Tapi mak aku cakap kalau baru ditegur baru nak berubah buat apa . Kene lah berubah dengan keinginan diri sendiri bukannya orang lain . So , aku akan dengar cakap mak aku tu . Nak jadi anak yang baik mestilah kene dengar cakap mak kannn ? Muehehe :)


*Setakat ni je lah yang boleh aku ringkaskan azam aku tahun 2012 . Tak tau nak azam apa lagi dah sebab dah takde idea nak ubah apa . Apa yang penting aku akan lebih pentingkan pelajaran darpada cinta sebab tanpa pelajaran kita takkan ke mana-II sebab kita tak maju kehadapan . Tapi kalau tanpa cinta seorang lelaki kita boleh hidup lagi dan meneruskan kehidupan kita macam biasa . Asalkan tak kurang cinta mak ayah sudah lah kannn ? Kbaii , assalamualaikum :) :D

Wednesday, 28 December 2011

Kalau Betul Awak Ikhlas :)

Assalamualaikum . Selamat Pagi :) Dah nak dekat pukul 2 pagi pun aku still tak boleh tido lagi sebab teringatkan dia . Ni lah yang dok cerita ni . Kalau pendam takut aku berdendam , so luahkan je lah . Welcome To The My Love Story ! *angkat kening :)




 Sebenarnya saya kecik hati dengan awak sebab walaupun dah banyak kali awak ucapkan yang awak sayang saya tapi awak langsung tak menghargai kehadiran saya kan ? kalau betol awak sayang saya , awak akan selalu call saya . awak akan bagitahu saya kalau awak takde kredit . kalau betol awak sayang saya , awak akan selalu mesej saya . kalau betol awak sayang saya , awak akan tinggalkan mesej kat fb ataupun post kat wall saya . tapi mana semua tu ??  bibir awak boleh menyatakan yang awak sayang saya , tapi hati awak menidakkannya . saya dah lama simpan benda ni walaupun hampir tiap-2 hari awak chatting dengan saya kat FB kan . disebabkan saya taknak awak kecik hati dengan saya , so saya pendamkan je lah . saya tak tahu sejauh mana awak sayang saya disebabkan kita pon baru je kenal tapi awak dah luahkan perasaan awak pada saya . saya tak tahu mungkin saya ni hanya tempat awak untuk melepaskan kasih sayang awak sebab awak pun baru je clash dengan adik kawan saya . saya paham awak dengan dia lama sangat , mesti lah sayang awak pada dia pun lagi banyak daripada sayang awaak pada saya kan ? saya paham dan saya takkan paksa awak untuk lupakan dia kalau hati awak pun tak rela nak lupakan dia . sebaliknya saya akan paksa diri saya untuk berhenti berharap untuk mengharapkan awak ikhlas sayangkan saya dengan sebenar-benarnya dan tanpa paksaan . mungkin bila saya tanya awak , awak boleh bersumpah awak sayangkan saya . bukan saya tak percaya cuma saya tak pasti sebab kita baru kenal tapi awak dah sayangkan saya . pada saya semua tu memang mustahil tapi saya mengiyakan untuk jaga hati awak .




sekiranya kita cintakan dan sayangkan seseorang itu , kita patut mempercayainya dengan sepenuh hati dan tidak pernah ragu-II dengan cintanya . dan saya sedar walau beribu kali pun awak cakap awak sayang saya tapi kalau awak tak percaya yang saya sayangkan awak dan selalu meragui ketulusan cinta saya , saya redha dan saya takkan menangis . sebab ucapan awak tu hanya di bibir dan bukannya datang daripada hati awak . saya memang ikhlas sayangkan awak . tapi kalau awak tak percayakan saya , terserahlah . saya takkan menangis sebab walaupun awak ucapkan 'saya sayang awak ' tapi kita tak ada apa-II hubungan dan hubungan kita ini tak pernah terikat . setiap hari saya belajar menjadi perempuan yang kuat dan tabah dengan segala dugaan . saya dah banyak kali menangis sebab lelaki sebelum ni dan saya dah berjanji pada diri saya sendiri walau sesakit mana pun hati saya disebabkan lelaki , saya takkan relakan air mata saya tumpah . ajal maut , jodoh semua di tangan Allah . walau beribu kali pun awak ucapkan kata keramat itu , walau bukan jodoh kita bersama , kita takkan bersama . tapi saya tak salahkan awak kalau awak ragu-II dengan saya sebab saya tau saya tak sempurna di mata awak . tapi saya nak awak tau yang saya memang ikhlas sayangkan awak dan cintakan awak . walau sekali pun saya ucapkan yang saya sayang awak , tak bermakna saya sayang awak sikit . hanya Allah je yang tau isi hati saya ni . saya harap awak memahami isi hati saya ni . saya harap lepas awak baca ni awak akan sedar macam mana perasaan saya pada awak , capital F :)