Followers

Thursday, 7 June 2012

Masalah lagi :'(


Hati aku tak tenteram sejak tadi . Tak tenteram sangat bila aku dapat tau “diorang”  baca diary aku yang lama walaupun aku dah tak guna diary aku tu lagi . Diary tu masa aku tingkatan 2 . Hampir semua dalam diary aku tu aku luahkan pasal “diorang” terutamanya pasal “diorang yang lagi satu” tu . Haih patutlah ada hari tu “diorang yang lagi satu” lain gila dengan aku . Dia macam marah sangat je kat aku sampaikan kiteorang dah bertegur pun still ada lagi something yang block hubungan kiteorang . AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS . Seriously aku memang percaya dengan peribahasa tu tapi tak sepenuhnya lepas apa yang dah jadi antara aku dengan “diorang” aku . Aku repeat DULU BUKAN SEKARANG . Sekarang segalanya bertambah baik lagi2 dengan “diorang yang sorang lagi” tapi dengan “diorang yang lagi satu” , emm , no komen . Diary tu masa aku tingkatan 2 weyy dah lama dah , dah dekat 2 tahun lebih dah . Sekarang aku dah besar , aku dah semakin matang and aku dah tak tulis kat diary lagi dah kalau aku ada masalah . Kadang2 aku tulis kat blog ni tak pun aku pendamkan je . Aku rasa better pendam perasaan kita tu daripada kita tulis kat diary sebab kita takkan tau kalau2 diary kita dibaca orang . Yeahh , sebab diary kan memang sesuatu yang sangat “PRIVATE AND CONFIDENTIAL”  and mestilah kita taknak diary kita dibaca orang lagi2 kalau orang yang baca tu adalah antara orang yang kita ada MENTION dalam diary kesayangan kita . Ni pengajaran untuk aku , aku takkan tulis kat diary lagi , kalau aku nak tulis kat diary pun maybe diary tu aku simpan betul2 sampai takde sorang pun yang akan tau pasal diary aku tu . And seriously aku rasa bersalah gila sebab aku banyak gunakan perkataan yang “KURANG ENAK DIDENGAR” dalam diary aku tu pasal “diorang” . Mesti diorang rasa sakit hati gila sebab aku . Apa yang aku mampu cakap hanyalah , AKU MINTAK MAAF SANGAT2 PASAL APA YANG DAH TERJADI DULU even sebenarnya aku tak salah pun sebab itu Cuma luahan perasaan aku . Masa tu aku tingkatan 2 , masih kurang matang and masih tak fikir panjang macam sekarang . Maybe dulu aku tak fikir yang kalau2 lah diorang baca mesti effect dekat aku jugak someday nanti . Tapi nak buat macam mana , “NASI DAH JADI BUBUR”  , benda yang lepas kita tak boleh nak undo/reverse lagi dah so nak tak nak terpaksalah aku terima semuanya dengan hati yang “TAK BERAPA NAK TERBUKA SANGAT NI “ . Kan ? Hmm aku dah lama gila tak update blog aku and hari ni aku tergerak nak update , so inilah hasil YANG TAK SEBERAPA NI . Harap2 adalah orang yang nak baca kan . Mudah-mudahan J

P/S: Aku memang sengaja guna perkataan “diorang” , “diorang yang lagi satu” and “diorang yang lagi sorang” , yeahh sebab PRIVATE AND CONFIDENTIAL . Kekadang tak semua orang kita boleh MENTION terang2 kan . Harap faham J




Big Lve , AidaSharina

Monday, 2 April 2012

30 Pesanan Imam Syafie =)


1) tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat .
2) perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk . perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia .
3) pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun .
4) sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula . bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah . oleh itu , bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur .
5) apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit , kamu perlu ringkan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
6) marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun . oleh itu , hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya .
7) kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat .
8) berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka . ia dapat menambah keberkatan dan umur , menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu .
9) banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis .
10) takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar . ia ibarat pokok zaitun , minyaknya membawa berkat , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan .
11) iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya . oleh itu bagi menguatkan benteng iman , keimanan perlu dibajai dengan lima perkara , yakin , ikhlas , mengerjakan amalan sunat , istiqamah , bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12) ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati . ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah .
13) khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam , khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah .
14) Kubur adalah perhentian sementara bagi menbolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat . Oleh itu , siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi .
15) kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah , sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaithanirrajim". kita perlu bersabar sekiranya serangan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita , hendak melihat ketulenan jihad kita . Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16) sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17) hati adalah raja dalam diri . Oleh itu , lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan 
18) ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya .
19) ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya . Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia .
20) tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasaaktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosanya pada siang hari .
21) tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat . ia juga amalan para nabi , rasul dan orang soleh .
22) sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat , dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur , mengurangkan makan , mengurangkan bercakap , dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .
23) kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) oleh tanah .
sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya , dia memperoleh banyak kebaikan .
24) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah .
25) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud , dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman .
26) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud , Allah membela orang yang beriman .
27) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa , Allah pasti menaikkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud , Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman .
28) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud "Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus".
29) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud , sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami , kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka .





Big Love , AidaSharina