Followers

Monday 2 April 2012

30 Pesanan Imam Syafie =)


1) tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat .
2) perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk . perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia .
3) pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun .
4) sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula . bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah . oleh itu , bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur .
5) apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit , kamu perlu ringkan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
6) marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun . oleh itu , hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya .
7) kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat .
8) berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka . ia dapat menambah keberkatan dan umur , menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu .
9) banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis .
10) takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar . ia ibarat pokok zaitun , minyaknya membawa berkat , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan .
11) iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya . oleh itu bagi menguatkan benteng iman , keimanan perlu dibajai dengan lima perkara , yakin , ikhlas , mengerjakan amalan sunat , istiqamah , bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12) ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati . ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah .
13) khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam , khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah .
14) Kubur adalah perhentian sementara bagi menbolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat . Oleh itu , siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi .
15) kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah , sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaithanirrajim". kita perlu bersabar sekiranya serangan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita , hendak melihat ketulenan jihad kita . Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16) sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17) hati adalah raja dalam diri . Oleh itu , lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan 
18) ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya .
19) ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya . Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia .
20) tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasaaktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosanya pada siang hari .
21) tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat . ia juga amalan para nabi , rasul dan orang soleh .
22) sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat , dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur , mengurangkan makan , mengurangkan bercakap , dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .
23) kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) oleh tanah .
sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya , dia memperoleh banyak kebaikan .
24) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah .
25) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud , dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman .
26) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud , Allah membela orang yang beriman .
27) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa , Allah pasti menaikkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud , Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman .
28) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud "Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus".
29) Allah menjanjikan kepada orang yang beriman , mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud , sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami , kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka .





Big Love , AidaSharina

1 comment:

Anonymous said...

nice belog dear. do follow ya http://cikgojesbabybloggie.blogspot.com/