Followers

Friday, 24 February 2012

Exam @ Birthday :D


Assalamualaikum dan selamat sejahtera . *kenyit mata . Entry baru kali ni aku nak cerita pasal buku , buku dan buku . Makan tengok buku , tidur tengok buku , belajar tengok buku , dan online tengok buku . Ni semua pasal UPK1 . Seriously aku memang tak ready sebab belajar baru lagi dah ada exam berbagai . Lepas tu cikgu asyik cerita pasal format SPM berbagai macamlah aku nak SPM tahun ni kan . Kalau subject yang senang-senang macam Maths Modern , BI , BM tu kira okay lagi . Cuma certain subject yang aku tak ready nak exam macam Biologi , Fizik , Kimia dan yang paling aku kecut erut sampai nak terkeluar isi perut , ADDMATHS ! Yapp , Addmaths . Seriously bila cikgu ajar kat depan aku memang fokus tapi kenapa ada certain subtopic tu aku tak paham . Dari form3 lagi aku memang ada masalah dengan Mathematics tapi bila naik form4 ni Maths Modern takde masalah lah pulak . Sampaikan aku pujuk mak aku suruh belikan buku rujukan Addmaths and buku latihan . Sudahnya mak aku bagi duit je suruh aku beli sendiri . Nah tengok ni buku murah je aku beli tai yang penting banyak example dalam buku tu yang boleh tolong aku . Tapi bila aku dah beli , aku jadi macam endah tak endah je buku tu . *angkat bahu* .



Kay sekarang aku nak cerita pasal perangai ULAT BUKU aku yang tak terhakis sampai sekarang . Percaya atau tidak , start dari bulan 1 aku dah pinjam buku kat library tu dalam berbelas buku lah jugak . Dah nama pun pustakawan haruslah menziarah library kan . Tapi aku menziarah time aku bertugas je tiap hari Khamis . Mana taknya , sekali pinjam sampai 3 buah buku tapi bacanya dalam masa seminggu je . Manalah cukup kan . Kadang-2 aku pinjam tapi aku tak baca pun . Buku-2 yang pernah aku pinjam ni lah .






Tapi buku yang paling aku suka tajuknya FOR ONE MORE DAY ataupun tajuk dalam bahasa melayunya UNTUK SEHARI LAGI . Buku tu actually buku english tapi dimelayukan . Novel tu tak nipis , tak tebal , cuma sedang-sedang je . Novel tu lah yang aku dah baca sampai separuh even baru pinjam sehari . Gaya macam aku pinjam buku tu 3 hari je kan . Bukan sebab tu tapi sebab buku tu sangat interesting contentnya . Novel ni menceritakan pasal hubungan antara ibu dan anak . Parents Charley Benetto ni dah bercerai masa umurnya baru 11 tahun . Tengok tajuk macam confuse tapi bila dah baca baru paham . Kisah ni umpamanya kalau kita diberi satu lagi peluang untuk spend time dengan orang yang kita sayang sebelum diorang meninggal dunia . Dan aku sangat tertarik dengan ayat penulis ni yang menunjukkan dia sangat menyayangi ibunya .
" Saya mempercayai kata-kata ibu ."
"Kamu jangan tersalah anggam. ibu tida memanjakan saya berlebih-lebihan dan tanpa batas . dia merotan saya . dia memarahi saya . dia mendenda saya . tetapi dia tetap menyayangi saya . sesungguhnya , dia memang begitu . dia tetap menyayangi saya walaupun saya terjatuh kerana bermain buaian . dia tetap menyayangi saya walaupun saya memijak lantai dengan kasut berlumpur . dia tetap menyayangi saya melalui mintah , hingus dan lutut berdarah . dia sayangkan saya yang keluar dan masuk dalam keadaan terbaik dan terburuk saya . telaga kasih dan sayangnya terhadap saya tiada batasnya . "
Sangat interesting kan ? Hehe tu lah yang aku suka sangat dengan novel ni .


Nampak gambar atas ni ? Kay tujuan utama cuma aku nak cakap GOODLUCK untuk exam yang bakal menjelma ataupun sudah menjelma . Even aku nak exam tapi aku still ada masa nak baca novel berbagai macam lah exam aku tu lambat lagi padahal 27/2 ni je . Dua hari lepas birthday aku . Kay sangat bosan . Aku type entry ni 24/2 malam sebelum birthday aku . Aku dah dapat rasakan yang birthday tahun ni aku sambut dalam keadaan yang menghibakan dan menyedihkan . nak tau kenapa ? Hal family tak elok bagitau orang . Yang penting , aku taknak sedih-2 aku nak happy je . GTG , Assalamualaikum semuaaaa :) <3




Big Love , AidaSharina

Tuesday, 14 February 2012

Gonna Miss you , My Dear Hasanah :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuaaaa :) *kenyit mata* . Sebenarnya aku nak update dari hari sabtu lagi tapi langsung tak ada masa and homework yang setinggi bukit soga . Haha :) 10/2/2012 sekolah aku ada buat majlis sambutan Mulidur Rasul . Semua dibenarkan pakai baju raya . Yeayyyyy ! Tapi yang tak syoknyaa kene pakai kasut sekolah . *angkat kening* . Tapi aku tak pakai kasut sekolah aku pakai kasut sneakers BUM je sebab kasut sekolah aku comot kott . Hari tu takde yang special sangat just biasa-2 je . Berarak , dengar ceramah then makan and lepak-2 lastly balik . Cer tengok kejap gambar yang sempat aku snap . Cekidout ! :)
 Itu diaaaaa ! Yang baju purple tu aku dan yang sebelah tu kawan baik aku Nuraini binti Yusuff @ Aini . Aku memang pendek aku sedar so tak payah nak nganjing aku sangat lah kann . Haha :) 
 Ni diaa Ustaz Faridhilmi yang sempoi lagi handsome .  Handsome ke ? *angkat kening* . Haha . Ustaz ni bekas guru kelas aku masa aku Form 2 sampai lah aku Form 3 dulu . Best belajar bahasa arab dengan Ustaz ni . Haha . Sebenarnya aku nak snap gambar dengan Ustaz sebab kebetulan kiteorang pakai baju sedondon hari ni tapi Ustaz tak nak pulak . Ada ke dia suruh aku buat superimpose je ? Haha lawak lah Ustaz :D 
Sambil lepak-2 sempat jugak aku snap gambar diorang senyap-2 . Haha nasib korang lahh :) 

Tapi ada kisah yang tersirat pada hari keramat tu . Kawan baik aku yang selalu dengan aku , yang selalu ketawa , nangis dengan aku last day kat sekolah aku . Nama dia Siti Nurhasanah binti Bohan @ Hasanah . Aku sayang sangat buda ni sebab bila aku rasa happy dia happy , bila aku sedih dia relaxkan aku , bila aku rasa menyampah dia advise aku supaya aku jangan ikott perasaan sangat sebab perasaan had dengki tu tak baik kata dia . Seriously dia memang kawan yang baik sebab dia selalu bersama dengan aku tak kira aku susah ataupun senang . Dulu masa time PMR aku selalu hangout dengan dia just pergi Summit temankan dia beli buku , beli hadiah ataupun semata-mata nak makan KFC . Haha :) Terlalu banyak kenangan manis aku dengan dia . Hari tu aku sempat snap gambar dia dengan member aku lagi sorang ni sebab member aku ni nak balik awal . Time tu lah dia mula mengalirkan airmata diaa . Cekidout :) 

 Hasanah yang tuduh labuh pakai baju coklat tu . Yang pakai baju kuning tu Aini . 
 Sempat lagi main tepuk amai-2 sebelum dia balik . Haha :)
 Time ni Hasanah dah mula sebak sebab tu dia pegang tisu . Gonna miss you Hasahah :)
Siapa yang tak sedih bila kita terpaksa berpisah dengan kawan kita yang kita dah kawan selama 3 tahun lebih kan ? Semua orang sedih termasuk aku sendiri . Sebelum naik bas aku peluk lama sangat dengan dia sebab macam tak nak lepas sebab aku tau lepas ni kiteorang dah jarang jumpa . Ramai kott yang perasan ada airmata bawah mata aku time balik tu . Tapi aku buat derk je lah . Yang sedihnya aku terpaksa balik dalam keadaan hati yang duka . Aku dah takde teman nak hangout macam dulu lagi dah . Seriously bosan sangat takde member yang sesempoi kau Hasanah :(

p/s: Sorry gambar hasanah tu tak berapa nampak sangat muka dia sebab dia tu pemalu orangnya tapi dia sangat sempoi dan peramah . Tu sebab aku suka sangat kawan dengan dia . Sebelum dia pindah dia ada bagi aku satu present ni masa dia pergi Tanjung Sedeli dekat Kota Tinggi . Lawatan sekolah sebenarnya tapi hari tu aku tak dapat pergi sebab ada hal keluarga . nak tengok tak apa yang dia bagi ? Ni haaa :) 
Frame biasa je sebab aku pun tak kisah sangat pun . Cuma aku tak sempat nak belikan dia hadiah . Kay takpe nanti kalau ia cuti lama boleh lah aku hangout dengan dia . Ucapan terakhir , I AM GONNA MISS YOU DEAR BEST FRIEND :) <3 <3 <3


Big Love , AidaSharina